The Beginning merupakan kerjasama dengan Pertubuhan Taqniin Tahfiz (Taqniin) melibatkan persembahan piano oleh pelajar- pelajar muda Echo yang dikenali Echo Kids.

KUALA LUMPUR – Echo Music Studio (Echo) berjaya menganjurkan persembahan dan bengkel mini kelas yang dikenali The Beginning dalam usaha mengetengahkan bakat muda tempatan dalam industri seni muzik tanah air.

Dianjurkan di Commom Ground Ampang baru-baru ini, The Beginning merupakan kerjasama dengan Pertubuhan Taqniin Tahfiz (Taqniin) yang melibatkan persembahan piano oleh pelajar-pelajar muda Echo yang dikenali Echo Kids.

Turut memeriahkan suasana itu adalah persembahan pop band dan nyanyian oleh artis undangan, Fatimah Norryah.

Pengasas Echo, Harits Agustin berkata, seramai 15 ahli Echo Kids terlibat dalam persembahan piano tersebut selepas lebih dua tahun mereka mempelajari instrumen tersebut.

Beliau yang juga komposer memberitahu, The Beginning diadakan untuk meraikan Echo Kids di atas dedikasi mereka selain di mana memilih tajuk tema itu sebagai permulaan perjalanan anak muda di dalam bidang muzik.

“Echo Kids tampil dengan persalinan menawan ketika membuat persembahan dengan penuh yakin menerusi rangkaian lagu- lagu pop pilihan sendiri seperti Barbie dan lagu Elvis Presley iaitu I Can’t Help Falling In Love With You.

“Persembahan mereka berjaya menghiburkan kerana Echo Kids diiringi muzik yang digubah semula dan menjadi luar biasa kerana menerap teknologi muzik ke dalam sistem pembelajaran piano yang secara ortodok sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

The Beginning dikelolakan bersama  Taqniin manakala majoriti Echo Kids yang terlibat membuat persembahanadalah  terdiri dari Rumah Kebajikan Dato’ Harun.

Echo Kids diiringi muzik yang digubah semula dan menjadi luar biasa kerana menerap teknologi muzik ke dalam sistem pembelajaran piano yang secara ortodok sebelum ini.

Harits menambah, visi dan aspirasi Echo agar pelajaran muzik ini menjadi satu kemahiran yang boleh dijadikan karier di masa hadapan yang bukan hanya kepada mereka yang berkemampuan dari segi kewangan tetapi kepada pelbagai lapisan masyarakat.

“Semua yang hadir terutama kanak-kanak telah mendapat peluang mencuba bengkel mini yang dikendalikan oleh guru-guru muzik  berlainan insrumen.

“Guru muzik ini memiliki daya tarikan masing-masing dan kesabaran  memberi tunjuk ajar dan galakan agar kanak-kanak tersebut tahu keinginan mereka dalam mempelajari instrumen muzik mereka.

“Adalah harapan bagi semua, malam itu adalah detik bermulanya satu perjalanan  bagi pembelajaran dalam bidang  muzik di mana Echo dan Taqniin ingin mengubah kebiasaan di mana mempelajari muzik bukan hanya untuk golongan yang mampu tetapi untuk semua terutama golongan yang terpinggir,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Rumah Kebajikan Dato’ Harun, Datuk Mohd Fahmi berkata, pihaknya dan penganjur telah mencapai persetujuan awal agar latarbelakang pelajar dirahsiakan supaya hadirin dapat  melihat persembahan dan bakat masing-masing tanpa memberi sebarang perhatian terhadap  perbedaan latar belakang telah memberi kejutan kepada penonton.

Sementara itu, Taqniin Tadalah satu pertubuhan NGO yang dedikasi dalam membantu anak muda dan beliau yang agak terpinggir bagi mendapat latihan teknikal dan vokasional dalam menerokai potensi diri masing-masing. – MalaysiaGazette

 

Echo dan Taqniin ingin mengubah kebiasaan di mana mempelajari muzik bukan hanya untuk golongan yang mampu tetapi untuk semua terutama golongan yang terpinggir.

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast