Kuil Jalalingeswarar Sivan di Gua Charas, Panching, Kuantan.

KUANTAN -Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT)  Kuantan telah mengeluarkan notis arahan pengosongan tapak terhadap binaan Kuil Jalalingeswarar Sivan di Gua Charas, Panching.

Menurut sumber, Notis Amaran Pencerobohan Tanah Kerajaan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 (Akta 828) itu telah diserahkan kepada wakil pihak pengurusan kuil berkenaan pada 15 Mei lepas.

Susulan notis amaran tersebut, difahamkan binaan kuil yang didakwa telah wujud sejak hampir 100 tahun di kawasan pusat pelancongan itu mesti dikosongkan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis dikeluarkan.

Sekiranya gagal berbuat demikian, pihak berkaitan berdepan tindakan kompaun tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lima tahun atau kedua-duanya.

Jelas sumber itu lagi, PDT kini dalam proses menghantar makluman serahan notis itu kepada pihak Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang bagi menjalankan tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast