Adam Adli ketika ditemui sebelum Rapat AMK 2025 berlangsung di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd Halim mahu Rapat Angkatan Muda Keadilan (Rapat AMK 2025) akan menjadi medium yang mampu memberi idea dan solusi kepada masyarakat.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berharap Rapat AMK 2025 bukan hanya menampilkan pemimpin muda yang berani bersuara tetapi mempunyai pengisian.

“Rapat ini meneruskan tradisi dialog cepat dan juga tentu sekali pertembungan idea dalam Angkatan Muda Keadilan.

“Kita mahu lari daripada imej yang sering orang kaitkan dengan pergerakan sayap pemuda. Dia tidak terhad hanya kepada aksi tetapi juga kepada pemikiran dan apa yang nak ditawarkan sebagai pemimpin,” katanya.

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui sebelum Rapat AMK 2025 berlangsung di Berjaya Waterfront Hotel di sini hari ini.

Adam Adli berharap, pihak media yang membuat liputan akan memberi tumpuan kepada pengisian dan hujah yang diutarakan dalam Rapat AMK itu yang berlangsung hari ini.

Rapat AMK 2025 menjadi medium suara dan pengisian 72 calon Ahli Majlis Pimpinan AMK Pusat yang bertanding dalam pemilihan peringkat AMK Pusat di sini esok.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.