Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu

KUANTAN – Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian seorang individu dipukul sekumpulan lelaki dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di Jalan Gambut di sini kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu, mangsa merupakan lelaki berbangsa Cina tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam.

“Kejadian dipercayai berlaku pada Ahad lepas kira-kira pukul 10.30 malam dipercayai berpunca akibat salah faham membabitkan mangsa dan sekumpulan lelaki terbabit.

“Mangsa berusia 51 tahun yang bekerja sebagai penjual ikan dipercayai turut dipukul menggunakan botol minuman dalam kejadian tersebut dan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan luka jari tangan kanannya,” katanya ketika dihubungi.

Wan Mohd Zahari berkata, pihaknya kini giat mengesan kesemua suspek yang terlibat dalam kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Beliau menyeru mana-mana pihak yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat untuk tampil ke balai polis terdekat bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast