Kali pertama buat Yayasan Nurjiwa untuk menyerahkan insentif kepada pelajar cemerlang dengan keputusan semua A.

KUALA LUMPUR – Buat pertama kalinya, Yayasan Nurjiwa memperkenalkan insentif RM500 kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh semua A sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan akademik.

Dengan kerjasama pusat tuisyen terkemuka PTTI, seramai 401 pelajar menerima insentif ini dengan jumlah keseluruhan RM200,500.

Pengasas Yayasan Nurjiwa, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata, inisiatif itu bertujuan memberi motivasi kepada pelajar untuk terus mencapai kejayaan akademik.

Beliau yang juga Biduanita Negara berharap usaha itu dapat memberi dorongan kepada calon SPM pada masa akan datang untuk bekerja lebih keras mendapatkan keputusan cemerlang.

“Ini adalah kali pertama buat Yayasan Nurjiwa untuk menyerahkan insentif kepada pelajar cemerlang dengan keputusan semua A.

seramai 401 pelajar menerima insentif ini dengan jumlah keseluruhan RM200,500 daripada Yayasan Nurjiwa.

“Harapan kami agar dengan usaha ini dapat memberikan motivasi kepada calon-calon SPM akan datang berusaha untuk mendapatkan kejayaan yang sama,” katanya pada Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya  semalam.

Selain itu, Siti Nurhaluza berkata, Yayasan Nurjiwa kini turut komited membantu golongan pelajar kurang berkemampuan dengan menyediakan makanan harian untuk hampir 100 pelajar, terutamanya dari golongan B40, serta anak-anak yatim.

Tambahnya, inisiatif  yang telah berlangsung sejak beberapa tahun lalu diharapkan dapat membantu lebih ramai pelajar yang memerlukan.

“Setiap hari kami akan menyediakan makanan hampir kepada 100 pelajar yang kurang berkemampuan, terutamanya dari golongan B40.

“Bukan itu sahaja, selain pelajar Yayasan Nurjiwa turut menyediakan bantuan makanan ini kepada anak-anak yatim.

“Usaha ini sebenarnya sudah dibuat sejak beberapa tahun lalu dan diharap ia dapat membantu lebih ramai pelajar di luar sana,” jelasnya. – MalaysiaGazette

Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata, inisiatif itu bertujuan memberi motivasi kepada pelajar untuk terus mencapai kejayaan akademik.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast