Peguam, Cassian Anthony (kanan), E Lee Thian dan Francis Augustine Sosay ketika ditemui pemberita di luar mahkamah.

MELAKA – Barisan peguam pelajar sekolah yang berdepan dua pertuduhan membunuh ibu dan abangnya minggu lalu memberitahu mahkamah remaja itu mungkin mengalami masalah mental.

Peguam, Cassian Anthony, Francis Augustine Sosay dan E Lee Thian berkata demikian kepada pemberita selepas selesai prosiding secara tertuduh yang diadakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.

“Kami baru diberitahu hari ini oleh mereka yang mengenali anak guam, dia ada mangalami masalah mental.

“Namun kita akan meneliti semula sebelum membuat sebarang permohonan bagi membolehkan dia dirujuk kepada doktor pakar di Hospital Bahagia untuk pada tarikh sebutan akan datang,” kata Cassian ketika ditemui pemberita selepas tamat prosiding.

Menurut Cassian, sepanjang prosiding secara tertutup, anak guamnya juga kelihatan tenang walaupun sudah mengetahui hukuman yang bakal dikenakan atas kesalahan itu.

“Selain itu, tiada ahli keluarga atau waris remaja berkenaan dilihat berada di dalam mahkamah walaupun dijemput untuk mendengar pertuduhan itu,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast