Pimpinan BERSATU Temerloh ketika menghadiri persidangan tahunan Bersatu Bahagian Temerloh 2025

TEMERLOH – Persidangan Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Temerloh hari ini menyaksikan beberapa usul termasuk cadangan menjadikan Konsensus Nasional Baru sebagai dasar utama parti dalam mendepani cabaran politik semasa.

Ketua Bersatu Bahagian Temerloh, Datuk Mohd Rofaie Hamdan berkata, usul tersebut selari dengan gagasan timbalan presiden parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan dibawa oleh Ketua Cawangan Bandar Temerloh akan diangkat sebagai Ahli Majlis Pimpinan Bersatu.

“Usul ini penting untuk mewujudkan semula kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara. Kita menyarankan agar ia dijadikan dokumen dasar bersama Perikatan Nasional (PN) dibawa ke akar umbi dan menjadi manifestasi politik berjiwa rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas persidangan tahunan Bersatu Bahagian Temerloh 2025 yang diadakan Hotel Greenpark di sini hari ini.

Mohd Rofaie turut menyeru ahli menyampaikan agenda parti kepada mereka yang tidak dapat hadir ke persidangan serta menggalakkan idea baharu dari golongan muda yang dilihat semakin menerima dasar-dasar PN.

Selain itu, Ketua Cawangan Bersatu Bandar Temerloh, Arsad Abdul Aziz turut menyatakan sokongan kepada langkah memperluas kefahaman ahli terhadap kandungan Konsensus Nasional Baru.

Manakala Ketua Cawangan Jalan Bahagia Temerloh, Jamil Yaakob mengusulkan agar kepimpinan pusat menyedia peruntukan khusus bagi memperkasa program akar umbi serta mengaktifkan semula penggerak awal Bersatu.

“Ahli-ahli peringkat cawangan menghadapi cabaran kewangan. Kita perlukan bajet khusus agar pergerakan parti tidak hanya bergantung kepada semangat sukarela semata-mata,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast