Menariknya, Bella bertuah kerana mengisi ‘line up’ terbaharu konsert Glenn Fredly Holographic Performance: Live in Malaysia yang bakal berlangsung pada 18 Julai ini di Zepp Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Bella Astillah antara penyanyi yang bakal membuat persembahan sempena konsert Glenn Fredly Holographic Performance: Live in Malaysia di Zepp Kuala Lumpur pada 18 Julai ini.

Meluahkan rasa teruja, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, juga mengakui lagu-lagu mendiang Glenn banyak memberi inspirasi buatnya dalam berkarya.

“Glenn merupakan antara penyanyi kegemaran saya sejak dahulu. Sejak kecil lagi saya memang sudah mengenali sebahagian besar daripada karyanya memandangkan muzik yang dipertaruhkan juga berbeza.

“Rangkaian lagu-lagu seperti Kasih Putih, Januari dan Akhir Cerita Cinta begitu diminati. Saya pasti sebahagian besar daripada kita pun memang menjadikan muzik Glenn sebagai rujukan dan menjadi kegemaran ramai,” katanya.

Tambah penyanyi ini kemunculannya bersama beberapa orang penyanyi lain turut melakar sejarah baharu buat industri muzik tempatan dalam penganjuran konsert holohgrak di Malaysia.

Menjanjikan satu persembahan terbaik, Bella bagaimanapun tidak mahu mendedahkan awal gabungan nyanyiannya bersama mendiang Glenn yang meninggal dunia pada April 2020.

Selain Bella, turut serta dalam konsert ini terdiri daripada The Bakuucakar, Noh Salleh, Mutia Ayu,
Rian Ekky Pradipta, Nadira Adnan, Gretchene Quirina, Matthew Sayersz dan Allan Anderson.

“Ini adalah satu penghormatan besar buat saya. Pastinya teknologi yang bakal dipertaruhkan berbeza dan menjadi begitu istimewa.

“Pun begitu begitu masih terlalu awal untuk saya mendedahkan apakah bentuk persembahan itu nanti kerana saya mahu mengajak semua peminat untuk sama-sama hadir dan menyaksikan sendiri persembahan kami nanti,” ujarnya.

Selain Bella, artis yang bakal turut serta dalam konsert tersebut adalah The Bakuucakar, Noh Salleh, Mutia Ayu, Rian Ekky Pradipta, Nadira Adnan, Gretchene Quirina, Matthew Sayersz dan Allan Andersn.

Sementara itu, Kuala Lumpur menjadi lokasi kedua selepas kejayaan luar biasa konsert sama yang berlangsung di Beach City International Stadium, Jakarta, Indonesia pada 2023.

Peminat di Malaysia kini berpeluang mengubati rindu dalam sebuah perayaan seni yang mengangkat kenangan dan jiwa dalam konsert berdurasi dua jam setengah ini.

Dibawakan oleh Premier Live Productions dengan Kerjasama Matahati Sdn Bhd, tiket konsert Glenn Fredly Holographic Performance: Live in Malaysia boleh didapati menerusi laman web ticket2u. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast