Pasukan bomba sedang bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa tersepit - Foto Tular

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 266.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di Seremban.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Nizam Yom berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung nahas pada jam 12.51 tengah hari tadi dan tiba di lokasi kira-kira 11 minit kemudian.

“Kemalangan membabitkan sebuah lori satu tan dan sebuah kereta jenis Perodua Ativa. Mangsa, pemandu lori berusia lingkungan 40-an, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di dalam kenderaan.

Pemandu kereta tidak mengalami kecederaan, manakala penumpang wanita di tempat duduk hadapan patah kaki dan seorang lagi penumpang wanita di bahagian belakang patah tangan.

Jelasnya, mayat pemandu lori diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast