@rosli.abdul.jabar

Layan selera Mak pagi ni.

♬ suara asli – Kh.fiiffaaah – Kh.Fiiffaaah `

KUANTAN –Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Rosli Abdul Jabar meluangkan masa membuat solok lada kepada ibu kandungnya, Rahmah Jaafar yang berusia 90 tahun.

Menerusi video berdurasi 51 saat, Rosli bersahaja mengenakan apron biru dan memasak menu tradisi masyarakat Kelantan yang tersohor itu.

Klip video tersebut menunjukkan rakaman dari ke pasar membeli ikan sehingga proses merebus ikan di dapur sampai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur itu selesai menyediakan solok lada.

”Pagi ini emak nak makan solok lada, tidak mengapa pagi ini free boleh buat sekejap,” katanya dalam video di laman sosial media Tiktok miliknya pada Jumaat lalu.

Ujar anak keenam dari ketujuh yang dilahirkan di Pekan itu, memasak solok lada merupakan caranya menunjukkan kasih sayang kepada ibu yang susah payah membesarkan keluarga selepas ayah meninggal sejak usia Rosli empat tahun.

Video tersebut tular dan mendapat ribuan sukaan dan reaksi daripada pengguna turut berkongsi resepi dengan cara maasing-masing. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast