Legenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi menunjukkan dokumen perjanjian Duta Rasmi Amani sambil diperhatikan oleh Pengarah Eksekutif Amanilife, Leo Adi Putra (kanan) ketika di Hotel Concorde Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 15 JULAI 2025.

KUALA LUMPUR – Amanalife iaitu pengeluar gel lutut jenama Amani menyasarkan jualan syarikat itu mencecah RM6 juta akhir tahun ini berbanding RM2 juta pada tahun lalu.

Pengarah eksekutifnya, Leo Adi Putra berkata, sasaran itu lebih tinggi berdasarkan keyakinan menerusi pemasaran lebih menyeluruh di semua platform media massa berbanding hanya di media sosial sebelum ini.

Menurutnya, ia selari dengan perancangan syarikat yang kini aktif memperkenalkan semula produk di pasaran setelah dilancarkan pada tahun 2014.

“Ia akan disokong oleh inisiatif pengiklanan di semua platform media sosial dan cetak selain dibantu dengan perancangan syarikat menggunakan rangkaian pemborongan oleh syarikat utama kemudian diedarkan kepada ejen-ejen lain di seluruh negara.

“Kami berkeyakinan untuk mencapai nilai jualan tersebut kerana pada fasa awal pengenalan produk Gel Amani, kami berjaya merekodkan jualan kira-kira RM6 juta pada tahun 2015 ini,” katanya.

Beliau berkata demikian  selepas majlis pengumuman legenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi sebagai duta rasmi gel Amani di Shah Alam baru-baru ini.

Legenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi selepas pelantikannya sebagai Duta Rasmi Gel Amani ketika di Hotel Concorde Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 15 JULAI 2025.

Mirnawan merupakan bekas kapten pasukan hoki kebangsaan dan pernah membawa Malaysia ke beberapa kejohanan antarabangsa termasuk Sukan Olimpik Barcelona 1992, Atlanta 1996 dan Sidney 2000.

Anak kelahiran Melaka itu juga membantu Malaysia memenangi pingat perak pada Sukan Komanwel 1998.

Sementara itu, Leo turut berkongsi harapan agar kolaborasi bersama Mirnawan akan menjadi pemangkin untuk lebih ramai orang bukan hanya di Malaysia malah di luar negara dapat menjalani hidup yang lebih sihat dan aktif serta beribadah dengan lebih selesa.

“Pada masa ini, gel Amani telah berada dipasaran Singapore sejak tahun 2021 dan telah pun mendapat permintaan untuk memasuki pasaran Indonesia, Brunei dan negara-negara Timur Tengah,” katanya yang memberitahu satu-satunya produk keluaran syarikatnya itu berada di pasaran negara ini sejak 2014. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast