Wan Amirul Afiq.

KUALA LUMPUR – Bekas pemain Kedah Darul Aman FC, Wan Amirul Afiq meninggalkan kelab itu denganvrasa kecewa selepas dia mendakwa dirinya ‘dianiaya’ oleh pengurusan berkait pembayaran gaji.

Dalam perkongsiannya dia media sosial, Amirul Afiq menyiarkan semula apa yang dikatakan oleh isterinya menerusi Instagram Story mengenai tempoh dua tahun bersama Kedah yang penuh derita.

“Terima kasih Kedah, untuk dua tahun setengah, begitu banyak kenangan pahit daripada manis di sini. Dianiaya tanpa dibayar gaji setahun, dianiaya pula pada tangan manusia yang pegang pasukan baharu.

“Tak minta banyak, ya Allah kau balaslah mereka yang menganiaya kami sehingga pada saat itu doa ibu kamu pun tak dapat tolong,” kata isterinya.

Amirul Afiq yang repost Instagram Story itu hanya mengucapkan syukur kerana buat masa ini, segalanya sudah berakhir buatnya walaupun gaji masih tertunggak.

“Alhamdulilah,” kata Amirul Afiq ringkas. – MalaysiaGazette

Perkongsian Amirul Afiq di media sosial selepas meninggalkan Kedah.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast