KUALA LUMPUR – Bekas pemain pertahanan Port FC sah sertai skuad Red Giants bagi saingan Liga Super musim 2025-2026.
Pemain kacukan Sweden-Thailand itu bakal meneruskan perjalanan bolasepak di negara Asia Tenggara selepas sembilan musim di Thailand.
Dia yang berusia memulakan karier di beberapa kelab di Sweden dan Jerman seperti Djurgarden, W.Bremen dan Atvidabergs FF yang disegani peringkat Eropah.
Kevin bakal merebut tempat bek kiri di Selangor bersama dengan Fazly Mazlan bagi mengharungi saingan liga musim ini.
Dia telah memenangi satu piala ketika berada di Thailand iaitu Piala Thailand pada musim 2018-2019 ketika bersama skuad Port FC. – MalaysiaGazette
















