Motosikal milik seorang lelaki yang maut selepas motosikalnya terlibat kemalangan di Lebuhraya Senai-Desaru, Johor Bahru hari hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer (KM), 30.4 Lebuhraya Senai-Desaru di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Klomisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian berlaku pukul 10 pagi ketika mangsa yang berusia 25 tahun sedang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Solaris menuju ke arah Desaru.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai hilang kawalan ketika tiba ke lokasi sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan di bahu kiri lebuh raya.

“Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian dalaman badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Sohaimi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian.

Katanya, sebarang maklumat daripada saksi kejadian boleh disalurkan kepada pihak polis menerusi talian 07-3864222 bagi membantu siasatan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast