Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan ke atas satu akaun Tiktok@berjuanguntukzara kerana memuat naik
kandungan yang tidak tepat dan sahih dikaitkan dengan kes Zara Qairina.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian dan kandungan yang mempunyai kecenderungan menghasut kebencian terhadap mana-mana pihak serta boleh menyebabkan Kegusaran dan kegentaran awam, kata Pengarah Siasatan Bukit Aman, Datuk M. Kumar.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai agar menghentikan segera perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut kerana boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Tegas beliau, penularan kandungan yang tidak sahih tersebut berpotensi menjejaskan kelancaran serta keberkesanan proses siasatan oleh pihak PDRM. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast