Ekspedisi Kayak Merdeka 2025 anjuran UMT.

 

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melakar sejarah tersendiri apabila melancarkan Ekspedisi Kayak Merdeka UMT 2025 baru-baru ini, salah satu
inisiatif sukan air yang julung kali diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme
dalam kalangan pelajar sempena sambutan Bulan Kebangsaan kali ke-68.

Majlis peluncuran ekspedisi itu telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal
Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof. Dr. Mohd Izani Mohd Zain di Pantai UMT.

Ekspedisi ini disertai kira-kira 40 peserta yang terdiri daripada pelajar dan atlet sukan rowing UMTdengan laluan sejauh lebih kurang 22 kilometer dari Pantai UMT ke Pulau Bidong.

Ia merupakan antara ekspedisi kayak merdeka pertama yang dianjurkan oleh universiti
menggabungkan elemen ketahanan fizikal, kemahiran berkayak dan semangat
kebersamaan.

Menurut Prof. Dr. Mohd Izani, penganjuran ekspedisi ini bukan sahaja menjadi platform
untuk membina kekuatan mental dan fizikal peserta, malah berperanan menyuntik rasa
bangga serta cinta kepada negara.

“Ekspedisi ini adalah simbol kesungguhan warga UMT khususnya pelajar dalam menghargai erti kemerdekaan. Selain menguji daya tahan dan kerjasama berpasukan, ia menjadi penghayatan sebenar nilai patriotisme dan kecintaan kepada tanah air” katanya ketika merasmikan program.

Tambah beliau, pemilihan Pulau Bidong sebagai destinasi penamat bukan sahaja signifikan dari aspek cabaran laut terbuka, malah mengingatkan kepada sejarah dan warisan yang dimiliki pulau tersebut.

Ekspedisi Kayak Merdeka UMT 2025 ini turut diselaraskan oleh Pusat Sukan dan Rekreasi
UMT dengan kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan keselamatan dan kelancaran
perjalanan para peserta.

Program ini menjadi simbolik penyatuan semangat juang generasi muda universiti dalam
mengharungi cabaran demi menjulang panji kemerdekaan seiring dengan tema sambutan
Hari Kebangsaan ke-68. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast