Seramai 100 individu yang lahir pada tarikh 31 Ogos diraikan Yayasan Belia Sedunia dalam satu majlis penuh meriah sempena sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka hari ini.

MELAKA – Seramai 100 individu yang lahir pada 31 Ogos diraikan Yayasan Belia Sedunia (WYF) dalam satu majlis penuh meriah sempena sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka di sini hari ini.

Pengerusi WYF, Datuk Ridhwan Mohd Ali berkata, program yang memasuki tahun kedua itu turut disertai 75 peserta yang mempersembahkan pertunjukan busana bertemakan kemerdekaan.


Peserta anak merdeka menunjukkan hasil kreativiti menghias kek hari jadi.

“Tahun ini kita berjaya mengumpulkan 100 individu yang lahir pada 31 Ogos iaitu yang paling tua berusia 67 tahun dan termuda baru berumur setahun.

“Tujuannya bukanlah semata-mata untuk meraikan ulang tahun kelahiran, malah menjadi wadah menyemai semangat patriotisme dalam kalangan semua generasi serta mengeratkan hubungan masyarakat,”katanya.

Datuk Ridhwan Mohd Ali

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan program di sebuah pusat beli belah terkemuka di Banda Hilir, di sini, hari ini.

Program lebih bermakna apabila dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman. Turut sam Setiausaha Agung WYF Datuk Norsabrina Mohd Noor.

Mengulas lanjut, Ridhwan berkata program itu turut menampilkan kumpulan pengayuh beca yang baru menamatkan misi mengelilingi Semenanjung Malaysia selama dua bulan.

Pada majlis itu, semua peserta menerima hadiah penghargaan sebagai tanda kenang-kenangan daripada pihak WYF. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast