Penerbit, Sitiroy Atan dan pengarah, Hamzah Tahir bersama barisan pelakon pada sidang media teater bertajuk 'Cik Ros' aitu tribute kepada tokoh seni persembahan terkenal Allahyarhamah Dr Rosminah Mohd Tahir ketika di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 SEPTEMBER 2025.

KUALA LUMPUR – CTRA Production dan Abada Global Resources (AGR) akan mementaskan sebuah teater kisah tokoh seni persembahan tersohor tanah air, Dr Rosminah Mohd. Tahir bertajuk ‘Cik Ros’ bertempat di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bermula 19 hingga 21 September ini.

Penerbit CTRA Production, Siti Rohaya Attan berkata, naskah karya Hamzah Tahir dan olahan Sty Mat Desa itu diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang berlaku di dalam sebuah produksi di kalangan para pelakon, ahli tenaga produksi, rakan sekerja mahu pun bekas pelajar yang pernah mengenali aktivis teater itu.

Menurutnya, pementasan yang julung kali diadakan itu merupakan penghormatan kepada Rosminah sebagai tokoh seni tanah air yang telah mencurah bakti selama hampir lima dekad dalam dunia seni persembahan terutamanya bidang teater.

“Cik Ros menjadi sumber inspirasi bagi semua orang di sekelilingnya kerana arwah memiliki ciri-ciri luar biasa yang membezakannya daripada yang lain.

“Ketekunannya dalam bekerja dan dedikasinya terhadap seni membuatkan setiap projek yang dihasilkannya menjadi luar biasa. Allahyarhamah sentiasa mengutamakan kerjasama, mendengar idea rakan-rakannya, dan memberi dorongan kepada mereka untuk mencurahkan kreativiti mereka.

“Semangat dan kebaikan Cik Ros menjadikan dia bukan hanya seorang karyawan yang hebat tetapi juga seorang mentor dan sahabat,” katanya pada sidang media teater itu di DBP, di sini, hari ini.

Penerbit, Sitiroy Atan pada sidang media teater bertajuk ‘Cik Ros’ aitu tribute kepada tokoh seni persembahan terkenal Allahyarhamah Dr Rosminah Mohd Tahir ketika di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 SEPTEMBER 2025.

Pelakon yang terlibat dalam teater Cik Ros ialah Datuk Tamimi Siregar, Amy Mastura, Liza Abdullah, Datuk Ziela Jalil, Zaifri Husin, Juhara Ayub, Shahrul Mizad Ashari, Rosli Rahman Adam, Faysal Saad, Zera Hariz, Serra Kamal, Pavy Raj, Lim Mei Fern dan Herman Ghazali.

Rosminah yang berasal dari Muar, Johor antara pelopor penubuhan Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang kini digelar ASWARA telah melahirkan ribuan pelajar ketika menjadi pensyarah dan dekan di institusi seni tersebut.

Beliau juga telah menulis banyak naskhah dan mengarah lebih 60 teater sejak 40 tahun lalu antaranya Muzikal Tun Mahathir, Lantai T. Pinkie, Muzikal Ibu Zain, Di Bawah Lindungan Kaabah, Nyonya, Dara & Makcik Bawang, Diari Wanita, Li Po, Kopi Pangku & Gaun Baju Melayu, Gadis Melayu dan A Modern Women.

Rosminah menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun di kediamannya di Kuala Lumpur pada 16 Mei tahun lalu.

Pelakon, Amy Mastura pada sidang media teater bertajuk ‘Cik Ros’ aitu tribute kepada tokoh seni persembahan terkenal Allahyarhamah Dr Rosminah Mohd Tahir ketika di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 SEPTEMBER 2025.

Mengulas lanjut, Siti Rohaya menambah, teater itu juga akan membawa penonton kepada pengalaman sahabat tenaga produksi dalam proses sebuah produksi teater yang ikonik iaitu Lantai T.Pinkie bagi menyoroti perjalanan Cik Ros yang bukan sahaja mengubah dunia teater.

Namun katanya, bekas Ketua Jabatan Teater ASWARA itu juga menginspirasi mereka yang berpeluang mengenalinya.

“Beliau menunjukkan bahawa kejayaan sejati terletak pada kemampuan untuk memberi inspirasi dan mengangkat orang lain menjadikan setiap pentas sebagai tempat yang penuh dengan cahaya dan harapan.

“Pada masa sama, kami merakamkan penghargaaan kepada DBP yang membantu mengurangankan kos pementasan teater sebanyak RM200,000 selain Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Persatuan Gerakan Anak Seni (GAS) serta portal Malaysia Gazette,” katanya.

Sementara itu, dalam teater ini terdapat tiga lagu baru khusus untuk allahyarhamah iaitu Kau Di Sudut Hati (lagu oleh Faizal Fauzi manakala lirik oleh Sitiroy Tan dan lagu Ros Yang Menawan ciptaan Asry Hassan manakala lirik oleh Ezee Klasik dan Ros nyanyia Amy Mastura (secara harmoni). – MalaysiaGazette

Pelakon, Juhara Ayob pada sidang media teater bertajuk ‘Cik Ros’ aitu tribute kepada tokoh seni persembahan terkenal Allahyarhamah Dr Rosminah Mohd Tahir ketika di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 SEPTEMBER 2025.

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast