Foto: JBPM Pulau Pinang

KEPALA BATAS – Dua pemandu maut manakala seorang penumpang cedera parah selepas kenderaan yang mereka naiki bertembung antara satu sama lain di Jalan Shah Bandar, Taman Bertam Perdana di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang John Sagun Francis berkata, mangsa yang maut ialah pemandu kereta Perodua Myvi Tan Kwang Sin, 56, dan pemandu Proton Iswara Muhamad Haziq Adnan, 22.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.22 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bertam dikerah ke lokasi kejadian.

“Kesemua mangsa tersepit di ruang hadapan kereta masing-masing dan pihak bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dalam masa setengah jam dengan pemandu Myvi telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan dan mayatnya dihantar ke Hospital Kepala Batas,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

John berkata, Muhamad Haziq, yang mengalami kecederaan parah, meninggal dunia di hospital sama ketika menerima rawatan manakala penumpang wanita kereta Myvi pula cedera parah termasuk patah tangan kiri. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast