KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Thailand baharu, Anutin Charnvirakul.

“Lewat petang tadi saya telah menghubungi Anutin Charnvirakul bagi mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu.

“Saya juga menzahirkan kegembiraan kerana beliau merupakan sahabat lama yang sentiasa bersama saya sewaktu susah dan senang,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan malam ini.

Anwar turut menjemput Anutin untuk mengadakan lawatan kerja ke Malaysia dalam masa terdekat bagi membincangkan isu-isu penting termasuk pengukuhan hubungan dua hala selain perkembangan di sempadan Thailand–Kemboja serta kerjasama ASEAN.

Menurut Anwar, Anutin memaklumkan upacara angkat sumpah akan berlangsung dalam tempoh seminggu dan beliau menantikan peluang untuk berjumpanya sejurus selepas itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast