Balai Cerap Hong Kong akan menurunkan Isyarat Ribut No. 8 kepada Isyarat Angin Kencang, No. 3 pada 1.10 tengah hari Isnin ketika Ribut Tropika Teruk Tapah bergerak menjauhi wilayah itu.
HONG KONG – Sekolah dan banyak premis perniagaan di Hong Kong ditutup hari ini selepas dilanda Ribut Tropika Tapah datang dari 170 kilometer dari wilayah itu dengan membawa  angin ribut dan hujan lebat.
Insiden ini menjejaskan sebahagian besar hab kewangan dan  beberapa penerbangan dibatalkan.
Namun kerosakan kelihatan minimum, dengan jalan raya kebanyakannya tenang dan tiada laporan mengenai tanah runtuh dan banjir besar pada pagi tadi.
Kebanyakan pengangkutan, termasuk feri, bas dan trem, digantung, manakala sistem kereta api transit besar-besaran di bandar itu berjalan pada selang masa.
Balai Cerap Hong Kong berkata, isyarat Taufan 8, yang ketiga tertinggi, akan kekal sehingga sekurang-kurangnya 11 pagi.
Perniagaan boleh dibuka semula jika isyarat diturunkan, tetapi sekolah akan ditutup sepanjang hari, kata biro pendidikan bandar itu.
Angin berkelajuan 101 kmj direkodkan berhampiran lapangan terbang antarabangsa bandar di Pulau Lantau pada pagi Isnin, dengan tiupan maksimum 151 kilometer sejam (km/j)
Pihak berkuasa juga mengeluarkan isyarat ribut hujan Amber, yang paling rendah dalam ranking tiga peringkat, pada 4.55 pagi.
Ribut Tropika Tapah mendarat di Taishan di wilayah Guangdong di selatan China pada 8.50 pagi waktu tempatan, dan ia dijangka berpindah dari Hong Kong secara beransur-ansur, kata balai cerap itu.
Di bandar jiran China Shenzhen, sekolah juga telah ditutup. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast