Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh McDonald’s Malaysia berjumlah RM150,000 Ab Rauf (tengah) yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Melaka, hari ini.

MELAKA – Zakat Melaka berjaya mengutip lebih RM88.79 juta setakat 31 Ogos lalu dan ia 58 peratus daripada sasaran kutipan keseluruhan tahun ini sebanyak RM153 juta.

Ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Mohamad Azmi Sabtu berkata, penyumbang utama dana zakat adalah melalui Zakat Pendapatan berjumlah RM50.75 juta.

Ia diikuti Zakat Perniagaan (RM14.98 juta) dan Zakat Wang Simpanan sebanyak RM14.28 juta dan bagi Zakat Perniagaan kita menyasarkan kutipan sebanyak RM27,024,000 pada tahun ini.

“Justeru, Zakat Melaka berharap agar agensi-agensi korporat lain turut melunaskan Zakat Perniagaan mereka kepada Zakat Melaka demi memenuhi tuntutan lapan golongan asnaf zakat di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh McDonald’s Malaysia berjumlah RM150,000 kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Pada majlis itu, McDonald’s Malaysia turut menyantuni keluarga asnaf melalui pemberian 100 kotak rezeki dan menyediakan 1,000 hidangan percuma untuk komuniti setempat.

Sejak menjadi syarikat milik penuh orang Islam pada 2017, McDonald’s Malaysia telah menyalurkan lebih RM14 juta zakat kepada pusat-pusat zakat negeri di seluruh Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast