Rais (tengah) bersama sebahagian daripada 887 pelajar Tingkatan Lima dari 12 buah sekolah yang menghadiri Program Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Melaka Siri Keempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Lendu, Alor Gajah, selama tiga hari berakhir hari ini.

ALOR GAJAH – Pendedahan awal kepada generasi muda mengenai kepimpinan negara menjadi tonggak utama bagi melahirkan pengundi baharu yang lebih bertanggungjawab.

Ia sekaligus mengelakkan negara daripada berdepan krisis sosial dan politik di masa hadapan.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Rais Yasin, berkata, belia hari ini adalah cerminan masa depan negara yang bakal menentukan hala tuju Malaysia apabila mereka layak menjadi pengundi kelak.

Rais Yasin

“Kita baru sahaja dikejutkan beberapa minggu lalu tentang keadaan rusuhan yang berlaku di Indonesia dan beberapa hari lepas berlaku pula di Nepal.

“Jadi kita tak nak perkara itu berlaku di Malaysia yang kita cintai ini kerana mereka adalah masa depan yang akan membentuk Malaysia 10 hingga 20 tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Melaka Siri Keempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Lendu, Alor Gajah, yang menghimpunkan seramai 887 pelajar Tingkatan Lima dari 12 buah sekolah selama tiga hari berakhir hari ini.

Rais mengadakan sesi soal jawab santan bersama sebahagian daripada 887 pelajar Tingkatan Lima dari 12 buah sekolah yang menghadiri Program Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Melaka Siri Keempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Lendu, Alor Gajah, selama tiga hari berakhir hari ini.

Menurutnya, pendedahan berterusan perlu diberi agar belia tidak terjebak dengan budaya rusuhan seperti yang berlaku di Indonesia dan Nepal baru-baru ini.

“Semua orang akan mempunyai ruang dan peluang untuk mereka memilih pemimpin termasuklah anak-anak kita yang akan menjadi pengundi baharu

“Pendedahan awal akan membantu membentuk jati diri belia supaya mereka berani, berilmu dan mampu menggalas amanah negara,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast