Teater Cik Ros mengangkat penglibatan wanita dalam pelbagai bidang.

TEATER Cik Ros dianggap sebagai satu titik tolak kepada bidang seni dalam usaha mengangkat ketokohan wanita tanpa mengira bidang yang diceburi.

Ini kerana kebanyakan karya seni yang diketengahkan lebih memberi fokus kepada ketokohan lelaki dalaam bidang politik tetapi tidak kepada bidang seni meskipun telah banyak anugerah yang diberikan.

Menurut Penasihat Kehormat teater Cik Ros, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, teater Cik Ros akan menjadi dokumentasi yang akan dikaji pada masa akan datang terutamanya yang berkaitan dengan pendidikan seni dan penglibatan wanita dalam bidang ini.

Mas Ermieyati Samsudin

“Pementasan ini wajar dicontohi dalam usaha meletakkan kehebatan serta perjuangan wanita yang berdasarkan kesungguhan, kejujuran dan keinginan yang tiada taranya dalam perjuangan.

“Ini yang dibuktikan oleh Cik Ros atau nama sebenarnya Dr Rosminah Mohd Tahir yang mengabdikan diri kepada seni lebih empat dekad yang mana budi dan ilmu yang ditinggalkan akan kekal abadi,” katanya.

Menurut beliau, teater adalah antara medium yang paling sesuai untuk mendekatkan khalayak terutamanya generasi muda dengan ilmu yang boleh digunakan dalam pendidikan mereka.

Dengan mengangkat tokoh-tokoh seperti Dr Rosminah ini  memberi peluang kepada generasi muda untuk belajar tentang sejarah.

“Mereka akan mengkaji tentang sumbangan dan kehebatan tokoh ini. Maka, secara tidak langsung tokoh ini akan gerus segar dalam sejarah dan akan terus dikaji dari semasa ke semasa” tambahnya.

Teater Cik Ros terbitan CTRA Production dan Abada Global Resources akan dipentaskan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)pada 19 hingga 21 September ini.

Diarahkan oleh Hamzah Tahir teater berdurasi dua jam ini dilakonkan oleh Datuk Tamimi Siregar, Amy Mastura, Juhara Ayob, Zaifri Husin, Rosli Rahman Adam, Datuk Ziela Jalil, Shahrul Mizad Ashari, Faysal Saad, Zeera Hariz, Serra Kamal, Herman Ghazali, Ayawan Musafir, Lim Fei Fern dan Pavy Raj. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast