Baharuddin Backri. Foto IG Khai Bahar.

KUALA LUMPUR – Bapa kepada penyanyi popular, Khai Bahar, Baharuddin Backri, 66, meninggal dunia di Hospital Tunku Fauziah, Perlis akibat kompilkasi pelbagai penyakit malam tadi.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 31, menzahirkan penghargaan atas ucapan takziah yang dititipkan.

“Terima kasih semua atas doa. Insya-Allah arwah bapa saya akan dikebumikan selepas Zuhur,” tulisnya.

Sebelum itu, Khai dikejutkan dengan pemergian ibu tercinta, Allahyarham Rosnah Muhammad yang meninggal dunia pada 2 Januari tahun lalu.

Foto IG Khai Bahar.

Sementara itu, berita sedih itu turut disahkan pengurus Khai, Mohammed Rizal Mohammed Yasin.

“Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa Pak Bahar, ayah kepada Khai Bahar telah kembali ke rahmatullah di Hospital Tunku Fauziah, Kangar sekitar 9.30 malam pada 19/9/25 akibat dari penyakit kencing manis, strok dan buah pinggang.

“Dimaklumkan bahawa jenazah Allahyarham Pak Bahar akan dimandi dan dikafankan di Masjid Al-Arifin, Padang Katong, Perlis.

Kata Rizal, sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast