ITALY – Menteri Pertahanan Itali, Guido Crosetto mengumumkan negara itu akan menghantar sebuah frigat (kapal tempur) tentera laut untuk menyokong Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Menurut beliau, ia untuk mengiringi konvoi GSF selepas mereka diserang dron di Greece.
“Bagi memastikan bantuan kepada warga Itali di dalam GSF, saya sudah bercakap dengan Perdana Menteri dan uruskan campur tangan tentera laut Itali,” katanya dipetik dari TRTWorld.
Menurut Crosetto, kapal tempur itu sudah sedia ada di kawasan yang membolehkan usaha operasi menyelamat kepada GSF.
Sebelum itu, konvoi GSF yang bertujuan memecahkan sekatan penjajah ke atas Gaza disasarkan oleh beberapa dron hari ini.
Sebelum ini, Itali telah menggesa penjajah supaya menjamin keselamatan kapal bantuan dan aktivis Itali yang berada di atas kapal, dengan menyatakan bahawa ahli parlimen dan Ahli Parlimen Eropah (MEP) juga merupakan sebahagian daripada flotilla tersebut.
Untuk makluman, Frigate Itali antara Frigate yang digeruni di dunia. – Agensi
















