Mohd Zai pada sidang media Himpunan Mega Tolak URA di ibu negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Himpunan Mega Tolak Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang dijadual berlangsung pada 4 Oktober ini di ibu negara dijangka mendapat sambutan daripada ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO.

Pengerusi Ummah Malaysia, Mohd Zai Mustafa berkata, meskipun ketua sayap parti itu menolak pelawaan menghadiri himpunan berkenaan namun beliau yakin ia akan dihadiri oleh ahli-ahli pemuda parti berkenaan.

Beliau boleh membuktikan perkara itu selepas banyak himpunan yang diadakan oleh NGO sebelum ini turut dihadiri oleh ahli daripada ahli-ahli Pemuda UMNO.

“Setakat ini, kita telah ada penyelarasan dan kebersamaan bahawa semua pihak telah menyatakan bahawa URA ini ada masalahnya. Ada perkara-perkara yang perlu diambil dan diselesaikan secara terperinci.

“Persamaan untuk membantah URA ini telah ada, cuma perlu ada sedikit masa lagi. Kita akan ada pertemuan dengan pemimpin anak muda. Cuma UMNO yang otai (veteran) ini susah sikit.

“Tapi anak muda ada enggangement dengan Pemuda UMNO. Saya berpendapat kalau pemimpin UMNO tak turun ahli-ahlinya akan turun,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini, Dr Muhamad Akmal Salleh menasihatkan Pemuda Pas supaya duduk semeja bagi mengumpulkan cadangan dan penyelesaian terbaik mengenai isu RUU URA sebelum mengambil tindakan berhimpun sebagai bantahan.

Beliau menegaskan, sebarang tindakan perlu berteraskan kepentingan rakyat dan bukan untuk diri sendiri.

Terdahulu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar akan mengundang parti komponen kerajaan termasuk UMNO untuk menyertai Himpunan Mega Tolak URA.

Undangan itu adalah kerana pemimpin UMNO dilihat selari dengan pihaknya dalam menyatakan bantahan terhadap akta yang dibawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Sementara itu, Pengerusi NGO Negarawati Tanahair, Bibi Sunita Sakandar Khan menegaskan, sekiranya UMNO tidak mahu turut bersama dalam himpunan, ia bermakna mereka lebih mementingkan kehendak parti daripada perjuangan membela nasib rakyat.

Bibi Sunita Sakandar Khan

“Pemimpin-pemimpin UMNO yang berada dalam  kerajaan ini, jangan hanya fikirkan soal parti sebab masalah yang akan berlaku jika URA dilaksanakan ia akan mlibatkan rakyat di kawasan masing-masing.

“Tak semua rakyat nak bersama dengan kerajaan hari ini. Inilah dia mesej penting supaya pemimpin-pemimpin di blok kerajaan terutamanya UMNO ambil tahu perkara ini,” ujarnya.

Himpunan Mega Tolak URA dirancang untuk diadakan di empat lokasi utama iaitu di Dataran Merdeka, Pusat beli-belah Sogo, KLCC manakala, satu lokasi lagi masih dirahsiakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. cuba nyatakan apa yg tak kena dgn URA ini secara detail. mengapa ianya tidak dibahaskan oleh ahli parlimen?
    mengapa perlu untuk berdemo?

Comments are closed.