Kredit FB PU Rahmat.

KUALA LUMPUR – Konvoi Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza yang disertai lebih 500 sukarelawan kini sudah memasuki zon kuning malam ini.

Salah seorang peserta GSF, Ahmad Shahir mengesahkan perkara itu dalam hantaran media sosialnya.

“Secara rasminya, kami sudah mula memasuki Zon Kuning manakala jangkaan akan masuk ke Zon Merah adalah pada hari Khamis ini. Doakan!” tulisnya.

Sementara itu, seorang lagi peserta, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat juga mengesahkan perkara yang sama.

“Alhamdulillah beberapa bot sudah melepasi Zon Kuning.

“Wahai Hamba Allah. Ketahuilah kemenangan itu hampir!” tulisnya di media sosial.

Sebelum itu, di Sepang hari ini Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Datuk Dr. Sani Araby Abdul Halim berkata, secara tepatnya, konvoi itu dijangka memasuki zon kuning kira-kira pukul 9.18 malam selepas mereka berada sekitar 21 batu nautika ke zon itu yang mengambil masa kira-kira empat jam perjalanan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Misi GSF : Masuk zon kuning jam 9.18 malam ini waktu Malaysia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast