Video dikongsi Zizi yang kini dipercayai ditahan selepas kapal dinaiki dipintas tentera Israel. - Foto FB Sumud Nusantara

SEPANG – Selebriti Zizi Kirana bersama beberapa sukarelawan dalam misi kemanusiaan, Global Sumud Flotilla (GSF) yang menaiki Kapal Huga dilapor dipintas Angkatan Tentera Israel (IDF) sebaik berada di perairan Zon Merah R3 di Laut Mediterranean awal pagi tadi.

Hantaran media sosial Sumud Nusantara turut memuatnaik video Zizi yang memaklumkan sekiranya orang ramai menonton video itu ia bermakna delegasi Malaysia di atas kapal itu sudah ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel di perairan antarabangsa.

Sementara itu, Zizi menerusi video yang sudah dirakamkan sejak awal sebagai langkah persediaan itu telah memperkenalkan dirinya sebagai warganegara Malaysia sambil memegang pasport.

“Jika anda menonton video ini, ia bermaksud saya telah diculik dan ia bertentangan dengan kehendak saya oleh tentera Israel. Misi kemanusiaan kami adalah aman, tiada keganasan dan mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa.

“Saya segera merayu kepada Kerajaan Malaysia terutama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut pembebasan segera dan tanpa syarat,” kata Zizi dalam videoitu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast