MELAKA – Tindakan seorang lelaki melawan arus mengundang padah apabila terbabit dalam nahas yang meragut nyawa penungang motosikal lain di Jalan Sungai Udang di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 7.50 malam itu, mangsa, Mohd Huzaimi Abdul Hamid, 44, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisoner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Bertam Setia ke tempat kerja di Loji Penapisan Sungai Udang.

Sebaik tiba di lokasi, sebuah motosikal lain ditunggang Muhammad Arif Farhan Nawawi, 21, dipercayai telah melawan arus dari arah Taman Desa Taming Sari ke laluan lampu isyarat sebelum bertembung dengan mangsa.
“Akibatnya, mangsa maut d itempat kejadian akibatnya parah dikepala manakala Muhammad Arif yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC cedera parah dan dikejarkan ke Zon Merah Hospital Melaka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Huzaimi, keadaan jalan satu lorong susur dan dua lorong sehala ketika kejadian adalah kering dengan pencahayaan lampu jalan dan tiada kamera litar tertutup namun terdapat saksi mata dalam nahas tersebut.
Mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette
















