Pearly Tan-M. Thinaah.- FB Tengku Zafrul.

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mahu beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah membawa pulang lebih banyak kejayaan selepas menjuarai Terbuka Artik 2025 di Vantaa, Finland, hari ini.

Tengku Zafrul menyifatkan prestasi naib juara Kejohanan Dunia 2025 itu sebagai menakjubkan selepas mudah menjinakkan gandingan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi 21-7, 21-9 di Vantaan Energia Areena, sekali gus merangkul gelaran kedua musim ini.

“Semangat juang, fokus dan kerja keras yang dipamerkan terbukti membuahkan hasil. Teruskan momentum, bawa pulang lebih banyak kejayaan,” katanya menerusi hantaran di laman X.

Pencapaian hari ini juga menebus kekecewaan beregu wanita nombor dua dunia itu yang tewas pada edisi lalu kepada pasangan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, 12-21, 17-21.

Pearly-Thinaah sebelum ini merangkul gelaran pertama musim ini pada Terbuka Thailand pada Mei, selain muncul naib juara pada Terbuka Jepun, Terbuka Indonesia dan Masters Indonesia.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast