Aksi barisan pelakon Teater Musikal Sulalat'Us Salatin 2.0 pada Majlis Santai Bersama Media Muzikal Sulalat'Us Salatin 2.0 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 29 OKTOBER 2025

KUALA LUMPUR — CTRA Production dan Persatuan Bangsawan Bintang Timur (PBT) akan mementaskan semula teater purbawara muzikal, Sulalatus Salatin 2.0 di Balai Tun Syed Nasir Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Pementasan tersebut sebagai salah satu program kerajaan bagi melestarikan aktiviti Kepengerusian ASEAN 2025.

Barisan pelakon Teater Musikal Sulalat’Us Salatin 2.0 bergambar kenangan pada Majlis Santai Bersama Media Muzikal Sulalat’Us Salatin 2.0 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 29 OKTOBER 2025

Penulis skrip, Ezee Klasik berkata, Muzikal Sulalatus Salatin 2.0 merupakan kesinambungan daripada pementasan terdahulu yang diilhamkan daripada teks klasik Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu, dengan pendekatan visual, muzik, dan tarian moden bagi memberi nafas baharu kepada kisah legenda Melayu lama.

Beliau mahu pementasan ini memberi peluang kepada masyarakat Malaysia dan luar, khususnya generasi muda untuk menghargai sejarah bangsa sendiri.

“Dalam Sulalatus Salatin ini ada 30 cerita. Jadi kami terapkan di atas pentas untuk generasi muda memahami falsafah dan isi cerita ini.” katanya dalam majlis Santai Media Bersama Muzikal Sulalatus Salatin 2.0 di sini hari ini.

Program itu turut menampilkan barisan pelakon, pengarah serta tenaga produksi muzikal tersebut, selain pertunjukan selingan teater berkenaan kepada para media.

Pelakon Teater Musikal Sulalat’Us Salatin 2.0, Nabila Huda bergambar pada Majlis Santai Bersama Media Muzikal Sulalat’Us Salatin 2.0 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 29 OKTOBER 2025

Sementara itu, pelakon Nabila Huda yang ditemui berkata, dia gembira dan berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk mementaskan teater ini.

“Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh keluarga teater muzikal Sulalatuss Salatin 2.0 ini,” katanya yang turut seronok melihat semangat barisan artis Gagasan Anak Seni yang turut bersama dalam teater ini,” katanya.

 

Aksi barisan pelakon Teater Musikal Sulalat’Us Salatin 2.0 pada Majlis Santai Bersama Media Muzikal Sulalat’Us Salatin 2.0 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 29 OKTOBER 2025

Selain itu, pelakon teater, Wong Sheng Meng pula berharap penglibatannya dalam pementasan tersebut dapat menarik minat lebih ramai penggiat seni berbangsa Cina untuk turut sama memeriahkan dunia teater tempatan.

Pementasan Muzikal Sulalat’Us Salatin 2.0 dijadualkan berlangsung di Balai Budaya Tun Syed Nasir bermula 31 Oktober hingga 2 November ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast