Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menerima kunjungan bekas juara dunia Ultimate Fighting Champion (UFC) bagi kategori lightweight, Khabib Nurmagomedov, Oktober lalu. - Foto Facebook HRH Crown Prince of Johor.

JOHOR BAHRU – Bekas juara dunia UFC kategori lightweight, Khabib Nurmagomedov (Khabib Gym) akan hadir ke Majlis Pecah Tanah Khabib Gym Johor di Iskandar Puteri pada bulan depan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Khabib akan melawat pusat latihan bertaraf antarabangsa tersebut yang berteraskan pembangunan sukan serta pembentukan sahsiah dan nilai murni.

“Inisiatif ini melambangkan kerjasama global yang berimpak tinggi dan tekad Johor untuk muncul sebagai hab sukan serta pembangunan bakat yang tersohor di rantau ini.

“Kehadiran beliau ke bumi Johor ini merupakan satu penghormatan besar, bukan sahaja kepada dunia sukan, tetapi juga kepada seluruh rakyat Johor yang menjunjung tinggi nilai kecemerlangan, disiplin dan semangat juang tanpa menyerah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berharap usaha itu menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai juara dari Johor yang mampu mengharumkan nama negeri dan negara di pentas dunia.

Disember tahun lalu, media melaporkan Khabib bersetuju membuka gimnasium latihan di Johor.

Onn Hafiz dilaporkan berkata, memorandum persefahaman (MoU) antara Khabib dan MSNJ ditandatangani di Abu Dhabi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast