Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga tokoh sarjana sejarah tempatan Prof. Emeritus Datuk Dr. Ahmat Adam yang meninggal dunia petang tadi.

Katanya, negara telah kehilangan seorang sarjana besar yang sepanjang hayatnya menegakkan keteguhan ilmu dan menumpahkan seluruh bakti dalam memperkasa jati diri bangsa melalui sejarah.

“Mendoakan keluarganya diberi ketabahan serta kecekalan yang tinggi serta dikurniakan rahmat ke atas rohnya, dan ditempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, malam ini.

Allahyarham Ahmat merupakan Profesor Emeritus dalam bidang ilmu sejarah, yang mula bergiat menulis sejak 1970-an.

Dalam satu hantaran di media sosial pada Februari 2024, Anwar menggelarkan allahyarham sebagai sahabat lama beliau dan sempat menuntut ilmu bersama ketika berada di Universiti Malaya. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast