referendum
Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard.

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan Notis Rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi merayu terhadap keputusan pelepasan dan pembebasan Badrul Hisham Shahrin (Chegubard) daripada pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Yang di-Pertuan Agong, tahun lalu.

AGC dalam kenyataannya berkata, pihaknya mengambil keputusan tersebut setelah mempertimbangkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

”Pendakwaan terhadap Chegubard dibuat di bawah Seksyen 500 Akta 574 atas kesalahan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Yang di-Pertuan Agong, di mana tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kenyataan fitnah terseut akan merosakkan nama baik baginda,” katanya.

Terdahulu, Ketua BERSATU Bahagian Port Dickson itu dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, bagi pertuduhan di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan dibaca bersama Seksyen 500 Akta 574.

Seksyen 500 Akta 574 memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tempoh dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya sekali.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Norma Ismail memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan.

Dalam penghakiman ringkasnya, Norma berkata, keputusan dibuat selepas meneliti keterangan dan hujahan kedua-dua pihak. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast