KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM17.5 bilion kepada Sabah bagi 2026 demi memastikan kesejahteraan rakyat di negeri itu terus diperkukuh.

Kementerian Kewangan dalam hantaran di media sosial berkata, peruntukan itu adalah komitmen berterusan kerajaan Persekutuan terhadap kemajuan di Sabah.

Tambahnya, jumlah RM17.5 bilion itu meningkat berbanding RM17.3 bilion pada 2025, RM14 bilion (2024), RM13.9 bilion (2023) dan RM12.9 bilion (RM2022).

“Di bawah pentadbiran Madani, projek-projek prasarana utama seperti Pan Borneo Sabah bernilai RM13.9 bilion disambung semula, di samping peningkatan kemudahan asas termasuk Pusat Jantung Sabah di Hospital Queen Elizabeth II,” kata Kementerian Kewangan, hari ini.

Selain itu katanya, Kerajaan Madani juga memperkukuh bekalan asas dengan peruntukan RM1.2 bilion bagi menjamin kelangsungan elektrik dan RM765 juta untuk Projek Talian Penghantaran Southern Link. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast