Kenderaan yang dipandu Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor keluar selepas mengadakan perjumpaan bersama Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 18 NOVEMBER 2025

KUALA LUMPUR – Satu perhimpunan penyokong Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang dijangka berlangsung di luar kediaman presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam tidak berlangsung seperti yang digembar-gemburkan menerusi media sosial.

Malah poster berbunyi Himpunan Pertahankan Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut itu tersebar sejak beberapa hari lalu adalah palsu.

Malah Hamzah turut hadir malam tadi pada pertemuan tertutup bersama Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang menganjurkan pertemuan dengan Ahli Parlimen Bersatu.

Sementara itu, seramai 18 Ahli Parlimen Bersatu yang menghadiri mesyuarat tertutup di kediaman Muhyiddin malam tadi memberi sokongan kepada beliau untuk kekal sebagai presiden.

Menerusi video yang dikeluarkan, mereka menyatakan sokongan kepada Muhyiddin selepas mesyuarat berakhir.

Bekas perdana menteri kelapan itu kelihatan duduk diapit Hamzah yang juga Ketua Pembangkang dan Naib Presiden, Datuk Mohd. Radzi Md Jidin yang mengetuai laungan “Kami sokong presiden.”

Ahli Parlimen lain yang menghadiri pertemuan itu termasuklah Ketua Wanita Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Rosol Wahid yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu. – MalaysiaGazette

Kenderaan yang dipercayai membawa ahli Parlimen ketika perjumpaan ahli-ahli Parlimen Bersatu bersama Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 18 NOVEMBER 2025

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast