KUALA LUMPUR – Sunshine Bakeries memperkenalkan Komugi Gold Roti Hana Ocha edisi terhad bagi meraikan keanggunan seni pembuatan Jepun dan keindahan bunga Jasmine.
Siri Komugi Gold mula diperkenalkan pada September dengan Dark Rye Wholemeal Loaf dan keluaran istimewa ini dibuat khas untuk memenuhi minat rakyat Malaysia terhadap cita rasa berinspirasikan Jepun.
Roti Hana Ocha membawa nafas baharu yang lebih ringan dan aromatik, diinspirasikan daripada ketenangan ritual teh Jepun.
Di Jepun, waktu minum teh bukan sekadar rutin, tetapi satu seni yang menghargai aroma, keseimbangan dan kehalusan setiap tegukan.
Dengan inspirasi inilah Sunshine Bakeries menghasilkan Roti Hana Ocha, cerminan moden kepada kesempurnaan gaya Jepun.
Setiap roti dihasilkan menggunakan tepung gandum Jepun premium, rai gelap, malt gelap, bijan hitam dan oat, kemudian diserikan dengan infusi Jasmine yang mengeluarkan aroma lembut sebaik sahaja bungkusan dibuka. Kemanisan semula jadinya membawa nota madu yang halus, menjadikan setiap gigitan lebih memikat.
Lembut dan harum, roti ini menyatukan keanggunan aroma Jasmine dengan kehangatan bijirin, menghasilkan rasa yang seimbang dan begitu menyenangkan. Setiap gigitan memberikan rasa Jasmine “mekar” yang perlahan-lahan menyelubungi deria, diikuti lapisan kemanisan ringan yang mengingatkan anda kepada Jasmine.
Rakyat Malaysia mula mengenali siri Komugi Gold melalui Dark Rye Wholemeal Loaf yang menonjolkan kekayaan bijirin dan seni pembuatan roti Jepun, kini, Roti Hana Ocha meneruskan legasi tersebut dengan membawa sentuhan yang lebih halus.
Tepung gandum Jepun memberikan tekstur gebu khas Komugi Gold, manakala campuran bijirin menambah kekayaan rasa.
Infusi Jasmine pula menyatukan semuanya, mencipta aroma menenangkan seperti hembusan lembut petang Jepun, disempurnakan dengan kemanisan semula jadi bijirin.
Jika keluaran pertama meraikan kekayaan tekstur, Roti Hana Ocha pula meraikan rasa yang lebih mewah; interpretasi yang lebih lembut dan elegan terhadap falsafah Komugi Gold.
Ia bukan sekadar roti, tetapi simbol bagaimana jenama ini terus berkembang membawa kesempurnaan pembuatan roti Jepun ke meja rakyat Malaysia sambil mengekalkan janji: Simply Japanese Perfection.
Walaupun berpenampilan mewah, Roti Hana Ocha tetap dicipta untuk kenikmatan harian yang sesuai untuk sarapan, minum petang atau saat di hujung minggu.
Ia boleh dimakan begitu sahaja, roti ini menawarkan rasa manis lembut yang mengingatkan kepada seteguk teh Jasmine yang hangat.
Roti ini boleh dipadankan dengan teh hijau, teh hitam mahupun kopi, sama ada dinikmati bersama mentega, madu atau jem kegemaran anda, Roti Hana Ocha menjadikan detik biasa sebagai satu pengalaman yang wangi, menyenangkan dan mengenyangkan.
Sunshine Bakeries sekali lagi membuktikan kemewahan bukan hanya terletak pada kemegahan, tetapi pada perincian teliti yang meninggalkan makna istimewa.
Bermula hari ini, Sunshine Komugi Gold Roti Hana Ocha boleh didapati untuk masa terhad sahaja di rangkaian pasar raya dan kedai serbaneka utama di seluruh Lembah Klang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka dan Ipoh.
Dijamin halal dan dihasilkan untuk cita rasa moden rakyat Malaysia, roti ini menjadi simbol baharu seni pembuatan roti Jepun dalam kehidupan seharian, namun hanya sementara stok masih ada. – MalaysiaGazette





![[BM] Press Release Key Visual](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2025/11/BM-Press-Release-Key-Visual-681x383.jpg)










