Mayat yang sudah rentung ditemui dalam sebuah kereta yang hangus terbakar di Jalan Temenggung Oyong Lawai Jau, Miri, pagi tadi. foto Miri Edition

KUALA LUMPUR – Seorang individu ditemukan rentung selepas kenderaan hangus terbakar di Jalan Temenggung Oyong Lawai Jau, Miri, pagi tadi,

Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan diterima pada pukul 3.39 pagi.

Setibanya di lokasi, mereka mendapati kereta terbakar keseluruhannya.

Setelah api dipadamkan sepenuhnya, seorang mangsa ditemukan rentung di bahagian tempat duduk hadapan.

Identiti dan jantina mangsa belum dapat dikenal pasti.

Kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast