Jho Low Fat Leonard
Low Taek Jho

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Ramkarpal Singh meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan perkembangan usaha mengesan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low, yang gagal dikesan pihak berkuasa.

Beliau berkata, jika penghakiman sudah diberikan kepada individu yang biasa dikaitkan dengan Jho Low semalam, berapa tahun lagi kita perlu menunggu untuk mengesan ahli perniagaan itu.

Semalam, mahkamah mengarahkan Eric Tan Kim Lung serta kakak Jho Low, Low May Lin membayar hampir RM2.86 bilion kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui penghakiman di Mahkamah Tinggi.

“Ini merupakan satu jumlah yang sangat besar,” katanya pada perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 bagi Kementerian Dalam Negeri KDN di Dewan Rakyat, hari ini.

Berikutan itu, beliau mempersoalkan keberkesanan usaha penguatkuasaan setakat ini dan meminta kerajaan memberi jawapan konkrit mengenai status pencarian individu yang dianggap dalang utama skandal 1MDB.

“Apa perkembangan usaha pengesanan Jho Low? Adakah beliau telah dapat dikesan? Adakah bantuan Interpol atau agensi antarabangsa lain telah diaktifkan sepenuhnya?” soal Ramkarpal.

Menurutnya, rakyat berhak mengetahui sejauh mana kemajuan operasi mengesan Jho Low memandangkan kes berkaitan 1MDB terus memberi kesan kepada imej negara dan integriti institusi kewangan Malaysia. – MalaysiaGazette

Kakak dan sekutu Jho Low kena bayar AS$2.7 bilion kepada 1MDB

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast