Mayat kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang dikhuatiri lemas petang tadi selepas terjatuh ke dalam longkang besar berhampiran kawasan tadahan air di Taman Bidara Permai, Alor Gajah akhirnya ditemui pasukan bomba jam 8.35 malam. - Gambar Ihsan JBPM Melaka

ALOR GAJAH – Mayat kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang sebelum ini dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang besar berhampiran kawasan tadahan air di Taman Bidara Permai, di sini akhirnya ditemukan pasukan bomba malam ini.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Tc. Zulkhairani Ramli berkata, mayat mangsa berusia 11 tahun itu tersangkut pada dahan pokok yang tersekat di dalam longkang kira-kira jam 8.35 malam.

Mayat kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang dikhuatiri lemas petang tadi selepas terjatuh ke dalam longkang besar berhampiran kawasan tadahan air di Taman Bidara Permai, Alor Gajah akhirnya ditemui pasukan bomba jam 8.35 malam. – Gambar Ihsan JBPM Melaka

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat selama dua jam setengah itu dilakukan 10 anggota Penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah dan Melaka Tengah.

“Pencarian menggunakan pendekatan gerak pantas berikutan paras air yang tinggi, arus deras serta risiko mayat dibawa lebih jauh jika operasi dilewatkan

“Sebab itu bomba perlu memulakan pencarian surface water searches secepat mungkin bagi mengelakkan tubuh mangsa bergerak lebih jauh sekali gus meluaskan radius pencarian,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini

Menurutnya, operasi melibatkan lima pegawai dan 14 anggota, termasuk 10 anggota PPDA, dengan tumpuan pencarian di sepanjang laluan aliran air sehingga mangsa ditemui dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


Operasi mencari dan menyelamat melibatkan lima pegawai dan 14 anggota, termasuk 10 anggota PPDA dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah dan Melaka Tengah. – Gambar Ihsan JPBM Melaka

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang berkenaan kira-kira jam jam 5.45 petang tadi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast