KUALA LUMPUR – Pejabat dan cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Kangar akan menyambung semula operasi sepenuhnya selepas penutupan sementara berikutan banjir yang melanda kawasan tersebut.
Menurutnya, pembukaan semula ini dibuat selepas air banjir di kawasan sekitar telah surut sepenuhnya dan pemeriksaan keselamatan mengesahkan premis cawangan adalah selamatuntuk pelanggan dan pekerja.
Ahli boleh mengunjungi cawangan tersebut mulai Isnin untuk semua perkhidmatan kaunter dan sokongan.
Sebagai alternatif, ahli juga boleh terus mengakses perkhidmatan KWSP melalui laman web di www.kwsp.gov.my serta platform dan saluran hubungan dalam talian lain. – MalaysiaGazette
















