Wan Rosdy dan barisan Exco Kerajaan Negeri selepas pembentangan Belanjawan Pahang 2026 di Wisma Sri Pahang hari ini.

KUANTAN –  Belanjawan Pahang 2026 ikhlas untuk rakyat, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menurut beliau, Belanjawan Pahang 2026 bukanlah belanjawan menjelang pilhan raya seperti yang didakwa oleh pihak pembangkang di negeri itu.

Sebaliknya, belanjawan tersebut merupakan penyediaan bajet penuh teliti oleh semua pihak bagi manfaat kepada rakyat.

”Pembangkang biasanya kalau boleh mereka tak nak apa yang kita buat. Tetapi kita buat ikhlas untuk rakyat, dahulu pilihan raya jauh (lambat) pun kita bagi bantuan khas kewangan dan sebagainya.

”Mereka boleh anggap apa sahaja (belanjawan pilihan  raya) kerana kita buat belanjawan untuk rakyat dan kita rasa boleh beri jadi kita beri.

“Belanjawan yang dibentang dengan nasihat Pegawai Kewangan Negeri dan perbincangan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dan pelbagai pihak berkepentingan dan tidak bekepentingan,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian pada sidang media selepas membentangkan Belanjawan Pahang 2026 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Malah ujar Wan Rosdy, pihak pembangkang boleh beranggapan sedemikian kerana Belanjawan Pahang 2026 yang dibentangkan demi kesejateraan dan meliputi pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini.

Menurutnya, ia kali ketujuh beliau membentangkan belanjawan di mana setiap tahun kerajaan negeri akan menambah baik belanjawan untuk memastikan tiada rakyat yang tercicir.

Terdahulu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pembentangan Belanjawan Pahang 2026 dianggap sebagai belanjawan menjelang pilihan raya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast