Kredit foto: Pengurus skuad polo kebangsaan Datuk Shaiful Annuar Ahmad Shaffie

BANGKOK – Skuad ekuestrian polo negara meraih pingat gangsa pada Sukan SEA 2025 selepas menewaskan Filipina 7-3.5 dalam perlawanan penentuan pingat gangsa kategori 2-4 Goals di VS Sports Club & Siam Polo Park, Samut Prakan hari ini.

Skuad negara dibarisi Putera Sultan Pahang Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Muhammad Shahir Akmal Mohd Shah, Abdul Rashid Hasnan, Muhammad Edham Haji Shaharuddin, Azfar Mustapha, Mohd Zulhelmi Nadzar dan Amran Selamat.

Sementara itu, Thailand mengesahkan pingat emas selepas menundukkan Brunei 7.5-0 pada final.

Harapan Malaysia untuk memburu emas sebelum ini musnah selepas tewas kepada Brunei pada aksi separuh akhir, Isnin lepas.

Kali terakhir Malaysia muncul juara dalam ekuestrian polo adalah pada Sukan SEA 2019 di Filipina apabila mereka menewaskan negara tuan rumah pada final.

Kem negara kini akan menumpukan perhatian dalam pertandingan 4-6 Goals yang dijadualkan bermula Sabtu ini.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast