Gambar FB Ahmad Zahid.

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri sempat memberi sokongan kepada atlet Malaysia yang beraksi pada Sukan SEA Thailand hari ini.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam lawatan ke negara itu turun memberi sokongan sebagaii Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS).

“Saya mengambil kesempatan untuk turun sendiri memberi sokongan kepada atlet-atlet negara yang beraksi di Sukan SEA Thailand 2025 di mana petang tadi telah berlangsungnya acara karate kata lelaki berpasukan.

“Saya sempat beramah mesra dan memberikan kata-kata semangat kepada skuad karate negara sebelum mereka beraksi.

“Alhamdulillah, pasukan negara kita telah menghadiahkan dua pingat buat Malaysia iaitu pingat perak bagi acara kata lelaki berpasukan dan pingat gangsa bagi acara kata wanita berpasukan,” katanya di Facebook hari ini.

Kepada atlet-atlet lain yang bakal turun bertanding, Ahmad Zahid mengucapkan selamat maju jaya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast