Thailand kata tiada bukti varian Covid-19 sedang menular cetus gejala lebih teruk
Gambar hiasan

BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul dilaporkan membubarkan Parlimen hari ini selepas tiga bulan memegang tampuk pemerintahan negara itu.

Langkah itu diambil lebih awal bagi membuka jalan untuk pilihan raya umum.

“Dewan Perwakilan dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya umum baharu untuk ahli Dewan,” kata Titah Diraja Thai yang diterbitkan dalam Warta Diraja.

Pembubaran itu dibuat dalam keadaan konflik Thailand dan Kemboja kembali memuncak.

“Memandangkan pentadbiran ini kerajaan minoriti dan keadaan politik domestik dipenuhi dengan pelbagai cabaran, kerajaan tidak boleh terus mentadbir hal ehwal negara secara berterusan, cekap dan stabil.

“Oleh itu, penyelesaian yang sesuai adalah membubarkan Dewan Perwakilan dan mengadakan pilihan raya umum yang baharu,” kata Warta Diraja, memetik laporan yang diterima daripada Anutin.

Sebagai rekod Anutin daripada parti konservatif Bhumjaithai menjadi Perdana Menter sejak September lalu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast