Hassan Abdul Karim

PASIR GUDANG – Pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak tuntutan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) oleh DAP adalah betul daripada segi undang-undang.

“Ini berdasarkan Akta Pendidikan 1996 dan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan,” ujar Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim secara ringkas menerusi aplikasi Whatsapp hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/12/13/pengiktirafan-uec-tak-bercanggah-dengan-perlembagaan-dong-zong/

Semalam, Anwar berkata, sebarang tuntutan yang menjurus kepada sensitiviti agama, bangsa dan kaum, perlu mengambil kira kedudukan bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan negara.

Beliau berkata sebagai Perdana Menteri, prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung kedudukan bahasa Melayu akan terus didukung dan dipertahankan.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming yang dilapor berkata, parti itu akan berjumpa dengan perdana menteri berhubung pengiktirafan UEC.- MalaysiaGazette

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast