Logo parti MUDA.

KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyifatkan Mahkamah Tinggi hari ini membuat keputusan yang tegas dan jelas berlandaskan kepada prinsip keadilan dan undang-undang sedia ada.

Mengulas mengenai penolakan Mahkamah Tinggi terhadap permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah, MUDA berkata, keadilan menerusi sistem kehakiman dan perundangan negara perlu terbukti berjalan tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Inilah asas yang perlu dipertahankan demi memastikan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan terus terpelihara.

“MUDA ingin menegaskan bahawa keadilan mesti ditegakkan secara konsisten dan tanpa ompromi dan campur tangan mana-mana pihak demi masa depan negara,” kata parti itu menerusi kenyataan.

Terdahulu MUDA menyifatkan keputusan berkenaan sebagai satu kemenangan kepada rakyat dan satu langkah penting dalam mengangkat martabat mahkamah serta kedaulatan undang-undang negara.

Keadilan hanya bermakna apabila undang-undang terpakai sama rata, tanpa pengecualian berdasarkan kedudukan atau pengaruh,” tambahnya.

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan semakan yang dibuat Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Dengan itu, bekas Perdana Menteri itu kekal menjalani baki hukuman penjara tiga tahun di Penjara Kajang.

Keputusan dibuat oleh Hakim Alice Loke Yee Ching selepas berpuas hati dengan isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast