Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menyeru semua pihak agar menangani isu Titah Adendum melibatkan Datuk Seri Najib Razak semalam dengan penuh sabar dan bijaksana.

“Sekalipun ada pihak yang memilih untuk tidak menzahirkan simpati kepada Dato’ Sri Najib Razak dan keluarganya, adalah tidak wajar untuk mengeruhkan suasana atau menambah ketegangan dalam keadaan yang sensitif ini,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Kerajaan MADANI kekal berpegang teguh kepada prinsip penegakan negara hukum serta pengasingan kuasa.

“Badan kehakiman mesti dan akan terus bebas daripada sebarang pengaruh luar. Atas prinsip inilah saya menghormati keputusan yang telah dibuat oleh hakim.

“Maka, atas prinsip kedaulatan undang-undang, semua pihak wajar menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Hakim, termasuk ruang dan saluran perundangan yang masih tersedia untuk mengemukakan rayuan, selain kepada Yang di-Pertuan Agong, selaras dengan peruntukan undang-undang yang ada,” katanya lagi.

Semalam, isu Titah Adendum melibatkan Najib menjadi kontroversi antara pimpinan UMNO ekoran kenyataan setengah ahli DAP di media sosial.

Semalam, rayuan Najib untuk mendapatkan perintah tahanan rumah ekoran Titah Adendum ditolak mahkamah dan bekas Perdana Menteri itu terpaksa meneruskan baki hukuman di Penjara Kajang. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Bukan sahaja menghormati mahkamah tetapi juga menghormati DYMM Agong adalah wajib bagi setiap rakyat Malaysia termasuk para hakim

Comments are closed.