KUALA LUMPUR – Gelaran Dr tidak eksklusif kepada pengamal perubatan sahaja, sebaliknya ia turut digunakan oleh pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang akademik.

Bagaimanapun, Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MPM), Datuk Dr Mahathar Abd Wahab berkata penggunaan gelaran itu tidak memberi hak kepada individu tersebut untuk mengamal sebagai seorang pengamal perubatan dalam negara ini.

Kebenaran untuk mengamalkan perubatan adalah tertakluk kepada pematuhan terhadap Akta Perubatan 1971 dan Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Mahathar berkata, graduan perubatan daripada suatu program ijazah perubatan boleh menggunakan gelaran akademik ‘Dr’ sebagai tanda kelayakan akademik.

Jelas beliau, secara prinsipnya  semua individu yang ingin mengamal perubatan dalam negara hendaklah berdaftar dengan MPM dan memegang sijil Perakuan Amalan Tahunan (PAT) yang sah sebelum menjalankan sebarang bentuk amalan perubatan.

Bagi graduan perubatan yang memperoleh kelayakan daripada program perubatan yang tidak tersenarai dalam Jadual Kedua Akta Perubatan 1971, pertimbangan bagi tujuan pendaftaran untuk menjalankan amalan perubatan adalah tertakluk kepada keperluan yang ditetapkan di bawah peruntukan undang-undang yang berkenaan, termasuk lulus peperiksaan yang ditetapkan serta menjalani latihan siswazah di hospital latihan siswazah yang diiktiraf di Malaysia,” tambahnya.

Dalam masa yang sama ujar Mahathar, orang awam boleh membuat semakan status pendaftaran mana-mana pengamal perubatan melalui Medical Register Information and Technical System (MeRITS) di https://merits.mmc.gov.my/.

Sebarang keraguan atau aduan berkaitan kemungkinan penyamaran atau salah guna gelaran boleh disalurkan kepada [email protected],” katanya lagi.

Sebagai rekod sebelum ini, gelaran Dr menjadi perdebatan susulan Menteri Belia dan Sukan, Mohammed Taufiq Johari selepas didakwa tidak sah serta dakwaan mengamalkan perubatan tanpa kelulusan sewajarnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast